Designated hitter
Designated hitter

Designated hitter

Dalam sukan besbol, designated hitter (bahasa Melayu: pemukul khas, dipendekkan sebagai DH) merupakan pemain yang mengambil tugas memukul di giliran pitcher dalam pentas American League di Major League Baseball. Sementara itu, posisi ini di National League pula akan dilakukan oleh pitcher sendiri.[1] Designated hitter merupakan salah satu pemukul terhebat dalam pasukan tetapi tidak seberapa hebat dalam permainan bertahan atau defensif.Alasan mengapa designated hitter jarang dimainkan oleh pitcher kerana ramai pitcher tidak memiliki kemahiran memukul yang baik. Pitcher yang terpilih ialah pemain yang memiliki lemparan yang baik dan bukannya kerana mereka mempunyai kehebatan memukul.